KEMATIAN meningkat lagi hari ini dengan jumlah kematian meningkat kepada 51 orang akibat selesema babi. Bila lagi kerajaan akan mengerakkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atau mengaktifkan MKN.
Berapakah angka tunjuk bagi kerajaan mengaktif dan menggerakkan MKN? Adakah sehingga kematian meningkat 50 orang, 100 orang, 200 orang atau sehingga 1,000 orang baru diambil kira sebagai krisis?
Fikirkanlah kepada semua mereka yang bertanggungjawab di Putrajaya. Nasihatkan kepada kerajaan dengan betul.
Akibatnya buruk kepada kerajaan dan negara. Mereka yang dipertanggungjawabkan terhadap krisis ini adakah masih dibuai mimpi?
Kepada Perdana Menteri isytiharkan segera bahawa Malaysia berada dalam krisis kesihatan. Gerakkan dan aktifkan segera MKN. Nyawa bukan perkara yang boleh diperjudikan. Masa amat penting.
utusan online 14.08.2009
Sunday, August 16, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment