Wednesday, October 21, 2009

Gambar Bogel = Perihal selsema babi dan lemak babi

Macam macam sekarang...

babi punya nama...babi punya produk....

kenapa kat malaysia boleh lepas produk yang mcm ni...

kebanjiran barang-barang makanan daripada PRC semakin berleluasa...

darihalnya buahan kering tercemar dengan logam plumbun klik sini , melamine sila klik di sini dan air soya yang mengandungi E471 sila klik di sini.

Kurang kah penguatkuasaan...atau orang malaysia main redah sahaja..janji murah

sama sama kita sebarkan maklumat yang ader

Thursday, September 3, 2009

Wanita Sarawak Mangsa Ke-73 Maut Akibat A (H1N1)

KUALA LUMPUR, 3 Sept (Bernama) -- Seorang wanita berumur 25 tahun dari Betong, Sarawak merupakan mangsa ke-73 jangkitan influenza A(H1N1) yang meninggal dunia pada Selasa lepas kerana "severe pneumonia" dengan jangkitan H1N1.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican berkata wanita itu tanpa mempunyai faktor risiko telah dimasukkan ke Hospital Betong pada Ahad lepas kerana demam, batuk dan sakit tekak selama lima hari, dan dirujuk ke Hospital Sibu pada Isnin untuk mendapat rawatan lanjut dan rawatan antiviral.

Sebelum itu, beliau telah mendapat tiga rawatan sebagai pesakit luar di Hospital Betong, katanya dalam satu kenyataan di sini pada Khamis.

Dr Mohd Ismail berkata sementara jumlah pesakit baru dengan gejala penyakit serupa influenza (ILI) yang telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan adalah seramai 266 orang, manakala pada masa yang sama 293 kes telah didiscaj.

Ini menjadikan baki seramai 1,211 pesakit ILI sedang dirawat di 110 buah hospital termasuk 11 hospital swasta di seluruh negara, dan daripada jumlah pesakit yang dirawat, hanya 230 pesakit (18.9 peratus) disahkan positif H1N1, katanya.

Dr Mohd Ismail berkata daripada 230 kes yang disahkan H1N1, 41 kes dirawat di unit rawatan rapi (ICU) dengan 31 kes (75.6 peratus) mempunyai faktor risiko, iaitu penyakit kronik (7), obesiti (10), kanak-kanak/bayi (8), post natal/hamil (2), penyakit jantung (1) dan asma (3).

Beliau berkata mereka yang mempunyai simptom seperti demam, batuk dan sakit tekak didapati masih mengunjungi tempat yang terdapat ramai orang, sama ada untuk membeli belah, hiburan dan keramaian.

"Mereka ini sepatutnya berehat di rumah dan sekiranya terpaksa juga keluar, mereka hendaklah memakai topeng muka bagi mencegah penularan jangkitan virus influenza ini," katanya.

Beliau berkata Kementerian Kesihatan mendapati masih ramai lagi orang awam yang tidak faham cara virus ini merebak, iaitu berjangkit daripada manusia kepada manusia melalui titisan cecair yang dikeluarkan semasa bercakap, batuk atau bersin.

" Sekiranya kita memahami cara virus ini merebak, maka lebih mudah untuk kita mengambil langkah pencegahan," katanya .

-- BERNAMA

Tuesday, September 1, 2009

Kaji punca kematian pesakit H1N1

KADAR kematian pesakit H1N1 yang semakin meningkat di negara ini sememangnya membimbangkan semua pihak. Ini bertentangan dengan pandangan WHO dan pakar-pakar yang menjangkakan kadar kematian yang sepatutnya jauh lebih rendah. Kesan sebenarnya tidak lebih daripada seperti jangkitan selesema yang biasa (common flu) kecuali bagi pesakit-pesakit yang berisiko.

Persoalannya mengapakah perkara sedemikian terjadi? Pada pandangan saya ada beberapa faktor yang perlu kita kaji sebelum Kementerian Kesihatan terus mengumumkan kadar kematian disebabkan virus H1N1 yang semakin meningkat kerana ini akan menyebabkan masyarakat menjadi semakin cemas.

Apakah virus ini dari jenis yang mampu membunuh secara terus (direct cause of death) atau mungkinkah kematian yang dicatatkan selama ini secara kebetulan didapati positif di dalam badan mangsa. Dalam keadaan ini kemungkinan virus tersebut bukan punca kematian utama tetapi pesakit mati disebabkan punca-punca lain seperti serangan jantung, jangkitan kuman dalam darah dan lain-lain punca kematian yang lebih jelas.

Adalah tidak adil menganggap punca kematian seseorang pesakit disebabkan virus H1N1 walhal pesakit mempunyai pelbagai penyakit kronik yang lain yang mungkin penyebab utama kepada kematian beliau.

Dalam hal ini Kementerian Kesihatan perlu mengkaji dengan lebih teliti termasuk meminta pandangan daripada doktor-doktor pakar sebelum mengumumkan seseorang pesakit itu meninggal dunia disebabkan virus H1N1. Ini kerana kesan kepada keluarga, masyarakat dan negara amat mendalam.

Adalah amat malang apabila masyarakat menjadi cemas tanpa sebab dan tiada pengetahuan kerana tidak mendapat maklumat yang tepat mengenai virus ini

DOKTOR PESAKIT

Klang

---------------

Utusan Online - 1/9/2009

Kematian pertama akibat selesema babi di Sweden

01/09/2009 5:06am


STOCKHOLM 1 Sept — Sebuah hospital di Sweden mengesahkan seorang lelaki yang berumur sekitar 30 tahun yang dijangkiti virus selesema babi adalah mangsa pertama mati akibat wabak berkenaan di negara Scandinavia itu.

Hospital Universiti Uppsala mengesahkan lelaki yang meninggal pada Jumaat lalu itu mati wabak tersebut. Lebih 700 orang telah didiagnosis dengan virus itu di Sweden, dan didapati 155 daripadanya adalah akibat jangkitan tempatan.

- AP

=================

Malaysia dah lebih 70 orang dah...

Monday, August 31, 2009

Sex and the clueless

2009/08/30

By Chai Mei Ling - NST Online

KUALA LUMPUR: Incredibly, half of all young Malaysians don’t know how babies are born.

A National Population and Family Development Board (LPPKN) survey had also found that two in five do not know where the foetus develops.

Half of those surveyed did not know what the male and female reproductive organs are.

The Malaysian population and family survey, which polled some 1,700 respondents between the ages of 13 and 24, revealed the depth of ignorance among the young in basic sexual and reproductive health.


Datuk Aminah Abdul Rahman, director-general of the National Population and Family Development Board, says it is time to address the lack of knowledge and awareness about sex.

The respondents were from all races and from urban and rural areas across the country.

Carried out by LPPKN every 10 years, the survey tested respondents on their knowledge on HIV/ AIDS, sexually transmitted diseases, contraceptivesand reproductive organs.

What is of even greater concern is that young adults between 20 and 24 were less knowledgeable about “the facts of life” compared to those aged between 15 and 19.

The young adults scored slightly lower in their understanding and knowledge of sex organs compared to teenagers.

The survey also found that males have slightly less awareness
than females.

LPPKN director-general Datuk Aminah Abdul Rahman said it was high time this lack of knowledge and awareness was addressed.

“We cannot be like an ostrich with a buried head, denying it all the time.”

Universiti Malaya’s Professor Dr Low Wah Yun echoed the need to act fast, citing a different study on female adolescents, which also indicated low awareness.



A quarter of the respondents in the 2006 study said a woman could get pregnant by just sharing a bed with a man, while 13 per cent said they were not sure if a woman could get pregnant by sleeping next to a man.

When asked if one could get pregnant the first time she had sex, slightly more than 10 per cent said no, while a third had no idea.





More than 10 per cent of the girls also said that a woman would not get pregnant if she was not turned on during sex, while 47 per cent did not know the answer.

The study, called the National Survey on Reproductive and Sexual Health and Rights of Women in Malaysia, had polled more than 2,000 female youths aged 15 to 24 years across nine states.

It was commissioned by the Ministry of Women, Family and Community Development Ministry, and carried out by researchers in Universiti Malaya.

Out of the 2,005 girls surveyed, slightly more than 100 admitted to being sexually active. Of that number, one-fifth said they had sex more than five times a week, and 57 per cent had sex two to four times a week.

Low, who was one of the researchers, said the implementation of sexuality and reproductive health education was crucial to arrest the increasing prevalence of HIV/AIDS cases, unwanted pregnancies and abortions among youth.

The topic of sex education has long been a subject of debate, and Malaysia came close to implementing it in 2006 after the Cabinet gave the nod. But it appears to have fallen by the wayside.

“Sex education does not mean we are giving the youngsters a licence to have sex. It is to arm them with proper knowledge and to teach them to practise healthy sexual behaviour, and to be responsible for their own actions.

“What does a boy do when he gets a girl pregnant? Leave the girl alone to fend for herself?
“No. He has to face the consequences of his actions.

“We must teach responsible sexual behaviour, more so in boys so that they respect girls and not see them as sex objects,” said Low, a psychologist.

A World Health Organisation study on 19 countries that have a system of sex education in place showed that sex education did not hasten sexual activities.

On the contrary, it delayed sexual activities and led to safer sex.

Associate Professor Dr Mary Huang from Universiti Putra Malaysia said the mean age of marriage among Malaysians was getting higher.

“This means young adults are getting exposed to more years where they can have premarital sex.”

This, coupled with the freedom that children and youth enjoyed today, and the sexual messages that they were bombarded with in the media, was a recipe for social disaster, she said.

“Children today are exposed to so many things they think is sex education, but it’s not. Pornography, for example, is a very perverted form of sex.

“Young people have to know what’s real and what’s not,” said Huang, the honorary secretary-general of the Federation of Reproductive Health Associations Malaysia.

Aminah said more focus should be placed on preventive measures instead of knee-jerk reactions to cases like abandoned babies.

“Too much funds have been allocated to fix problems instead of addressing them at the source.”

Low said: “We shouldn’t let our kids reach the stage where they have to seek abortions. We should prevent that from happening.
“Teach them abstinence but also arm them with knowledge about safe sex.”

Sex education: The story so far

• JANUARY 1991: The National Union of Teaching Profession disagreed with a suggestion to allow films and videotapes depicting sexual scenes to be used for educational purposes.

• SEPTEMBER 1992: The Cabinet Committee on AIDS proposed that sex education, with emphasis on AIDS prevention, be taught to Form Two pupils.

• OCTOBER 1992: The Education Ministry decided not to use the term “sex education” for the subject on sex as it can be misconstrued by the public. It would be known as “family health education” and taught to only secondary school students.

• DECEMBER 1994: Sex education would be introduced as a subject called “family life education” for pupils students from Forms Two to Five beginning the 1995/96 school term, said Deputy Education Minister Datuk Dr Fong Chan Onn.

• SEPTEMBER 1998: The proposal to include sex education in schools has been perceived negatively by some parents and groups in the society, said the Federation of Family Planning Associations.

• APRIL 2000: Sex education was taught in Penang under a pilot project involving Form 3 students pupils in 15 schools.

• DECEMBER 2003: Teachers would be given guidelines on how to approach subjects on sexuality
early next year, said the National Unity and Social Development Ministry.

• DECEMBER 2006: The Cabinet gave the green light to introduce sex education into the school syllabus at all levels, said the Ministry of Education.

• DECEMBER 2006: A sum of RM20 million had been allocated to provide training, campaigns and promotional materials for sex education, said Education Minister Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

• MARCH 2007: A plan to expand the scope of the sex education programme beyond students was holding back the roll-out of the guidelines.

• MAY 2008: Sex education and the danger of HIV and AIDS would be introduced under the National Service training programme starting October, said Women, Family and Community Development Minister Datuk Dr Ng Yen Yen.

• NOVEMBER 2008: Sex education was unlikely to be introduced in the National Service training, said NS Training Council chairman Datuk Dr Tiki Lafe, as feedback from various quarters had not been received.

Ismail: Keep sick children at home

2009/08/31

By Shuhada Elis - NST Online

KUALA LUMPUR: Parents have been advised to keep their sick children at home when school reopens tomorrow after a week-long break.

Health director-general Tan Sri Dr Ismail Merican said parents should act more responsibly to ensure their children were healthy before going back to school in view of the influenza A (H1N1) pandemic.

"Children with fever or cough should stay at home until they have fully recovered.

"They may spread the virus to their friends if they still have the symptoms," he said in a statement yesterday.


Parents have been urged to seek immediate treatment for children with influenza-like illness (ILI) and to let them rest at home.

Schools have also been told to accept medical certificates for students with ILI or are confirmed positive for H1N1.

Dr Ismail said the public should also continue improving their personal hygiene and to practise social distancing by staying at least one metre away from another individual.

He said as of 9am yesterday, another death was reported, bringing the H1N1-related toll to 72.

Dr Ismail said a 49-year-old odd-job worker went to Malacca Hospital on Aug 13 for treatment after having fever, cough and bouts of vomiting for two days.

"He was immediately given anti-viral treatment and antibiotics, and was tested negative for tuberculosis, typhoid, dengue, leptospirosis and H1N1 on Aug 18.

"However, he became seriously ill due to lung infections," he added.

The man died the next day.

The post-mortem result on Monday revealed that he was H1N1 positive and that he died from severe pneumonia with septicaemic shock.



The last death reported was on Wednesday when a 24-year-old obese woman was confirmed positive for H1N1.



Dr Ismail said 280 patients out of 1,515 receiving treatment for ILI had been confirmed positive with the virus.

Of the total, 44 are in intensive care units, 36 of them are in the high-risk group.

As of yesterday, 285 patients had been discharged from hospitals.

Tiada Kematian Baru H1N1 Dilaporkan Hari Ini

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Sebanyak 99 pesakit baru dengan gejala penyakit seakan-akan influenza (ILI) dilaporkan pada Isnin dengan jumlah kematian akibat Influenza A(H1N1) kekal pada 72 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Ismail Merican berkata setakat ini seramai 1,374 pesakit yang mempunyai gejala ILI sedang dirawat di 98 buah hospital di seluruh negara, dengan 286 pesakit disahkan positif H1N1.

Tiada kematian baru dilaporkan pada Isnin.

Daripada 286 kes itu, 46 kes berada di ICU, 32 merupakan pesakit daripada kumpulan berisiko, yang mana sembilan mempunyai penyakit kronik, sembilan lagi obesiti manakala kanak-kanak dan bayi seramai enam orang, katanya dalam satu kenyataan.

Tiga kes daripada mereka alalah pesakit selepas bersalin, dua kes mempunyai penyakit jantung, satu kes asma dan dua mempunyai imuniti rendah.

Dr Ismail turut menasihatkan ibu bapa supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan cuma menghantar anak mereka yang sihat ke sekolah memandangkan sesi persekolahan akan bermula esok.

Katanya pelajar yang mengalami gejala demam atau batuk mesti terus berehat di rumah sehingga mereka bebas daripada gejala itu dan tiada menunjukkan sebarang simptom.

"Ini kerana mereka yang masih ada gejala walaupun ringan masih boleh menularkan virus tersebut kepada orang lain. Adalah dikhuatiri jika mereka menularkan virus ini kepada mereka yang berisiko, komplikasi yang serius termasuk kematian boleh berlaku," katanya.

Beliau juga menyeru supaya pihak sekolah turut memantau keadaan dan memastikan hanya murid yang sihat dibenarkan menghadiri kelas.

"Pelajar-pelajar yang didapati tidak sihat perlu dihantar pulang atau ke klinik untuk rawatan, maka guru tidak perlu menutup kelas," katanya.

-- BERNAMA

Tidak Ramai Pakai Penutup Hidung Dan Mulut Pada Sambutan Merdeka

KUALA LUMPUR, 31 Ogos (Bernama) -- Dataran Parlimen, yang menjadi lokasi sambutan ulang tahun ke-52 kemerdekaan negara, merupakan kawasan yang terbuka dan tidak perlu diadakan saringan kesihatan bagi mencegah wabak Influenza A (H1N1), kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata keadaan adalah sebaliknya jika sesebuah perhimpunan itu diadakan di tempat yang tertutup yang akan memudahkan wabak itu merebak.

"Memang kita ada bagi mask (topeng) kepada peserta terutamanya pelajar, tempat ini ruang bebas bukan tertutup, kalau kawasan tertutup ada screening (saringan) lah. Bagaimanapun, kita ingatkan orang ramai supaya terus berhati-hati dengan wabak ini," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas sambutan Hari Kebangsaan ke-52 di Dataran Parlimen di sini pada Isnin.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kebanyakan peserta dan orang ramai yang menghadiri upacara sambutan itu dilihat tidak mengamalkan langkah pencegahan H1N1 seperti memakai penutup hidung dan mulut.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai pengusaha pengangkutan awam yang disarankan menyediakan sanitizer serta penutup hidung dan mulut kepada penumpang, Liow berkata ia merupakan galakan kerajaan dan bukan diwajibkan.

"Buat masa ini ia sebagai galakan, belum dapat laksanakan secara berwajib, pengusaha boleh bantu pihak kerajaan bagi memerangi wabak ini.

"Kita perlukan sokongan semua pihak untuk menangani wabak ini, semua pihak perlu bertanggungjawab," katanya.

-- BERNAMA

H1N1 Ragut Mangsa Ke-72, 280 Disahkan Positif

KUALA LUMPUR, 30 Ogos (Bernama) -- Influenza A(H1N1) yang merebak di negara ini meragut nyawa seorang lagi mangsa, menjadikan jumlah keseluruhan korban akibat wabak berkenaan meningkat kepada 72 orang.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa mangsa terbaru merupakan seorang lelaki berumur 49 tahun dan bermasalah kesihatan hepar (hati).

Mangsa yang dimasukkan ke Hospital Melaka pada 13 Ogos dengan simptom demam dan batuk selesema selama dua hari serta muntah meninggal dunia pada 19 Ogos disebabkan oleh H1N1 dengan Sindrom Pernafasan Teruk Sistem Respiratori Strok (ARDS).

Beliau berkata sehingga pukul 9 pagi ini, sejumlah 280 daripada baki seramai 1,515 pesakit yang sedang menerima rawatan kerana mempunyai gejala influenza-like-illness (ILI), disahkan positif H1N1.

Katanya daripada jumlah itu, 44 kes berada di ICU di mana lima kes merupakan kemasukan baru, sementara tujuh kes keluar dari ICU.

"Daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 (82 peratus) mempunyai faktor risiko," katanya.

Ini termasuk tiga kes yang mengidap penyakit kronik, obesiti (4), kanak-kanak/bayi (7), post natal/hamil (2), penyakit jantung (3), kegagalan ginal (4), asthma (3) dan imuniti rendah (2), katanya.

Dalam pada itu Dr Mohd Ismail berkata, 202 pesakit baru dengan gejala ILI telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan, manakala 285 kes telah keluar.

"Ini menjadikan baki seramai 1,515 pesakit ILI sedang dirawat di 97 hospital termasuk lima hospital swasta di seluruh negara," katanya.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 masih lagi aktif di mana jumlah kes sehingga 30 Ogos ada 246,221 dengan 2,958 kematian yang melibatkan 182 buah negara.

-- BERNAMA

Tiada Tanda H1N1 Tukar Bentuk Kepada Virus Lebih Teruk

PULAU PINANG, 30 Ogos (Bernama) -- Tiada tanda-tanda virus Influenza A(H1N1) berubah bentuk menjadi virus lebih teruk di negara ini, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Beliau berkata Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) sentiasa memantau perkembangan wabak itu dan tidak ada laporan mengenai perkara itu dimaklumkan kepadanya.

"Sehingga sekarang ia masih virus A(H1N1) dan belum ada perubahan baru kepada virus itu dikesan," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis dialog antara MCA dan persatuan-persatuan masyarakat Cina di Pulau Pinang di sini pada hari Ahad.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas amaran yang dikeluarkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengenai kewujudan influenza yang lebih teruk daripada A(H1N1) yang boleh menyerang paru-paru dan menyebabkan sakit yang teruk kepada orang yang dijangkiti.

Liow berkata walaupun tiada jangkitan virus A(H1N1) jenis teruk dicatatkan di negara ini, pihaknya akan menjalankan pemantauan berterusan dengan pasukan khas mengadakan ujian saringan berkala.

"Orang ramai akan dimaklumkan sekiranya terdapat penularan virus jenis teruk itu dan di peringkat ini semua pihak diminta menjaga kesihatan dan kebersihan serta mematuhi langkah berjaga-jaga yang disarankan kementerian," katanya.

-- BERNAMA

Jangan bawa anak kecil lawat hospital

Oleh ZULKIPLE IBRAHIM



tidak selamat membawa anak kecil melawat hospital ketika wabak H1N1 sedang melanda.

--------------------------------------------------------------------------------



SEBUAH hospital awam baru-baru ini mengedarkan beratus-ratus risalah mengingatkan orang ramai supaya jangan membawa anak kecil mereka semasa melawat saudara-mara atau rakan yang sakit di hospital.

Ini berikutan perkembangan terkini terhadap penularan wabak H1N1 di negara ini.

Walaupun tanpa kehadiran wabak H1N1, memang telah sedia ada peraturan yang tidak membenarkan pelawat membawa bersama mereka kanak-kanak yang berumur 12 tahun ke bawah bila berkunjung ke wad-wad di hospital, kata seorang pegawai kejururawatan kanan di hospital itu.

"Ibu bapa macam tak kisah bila kita mengingatkan mereka supaya jangan membawa anak kecil bila nak masuk melawat di wad. Saya selalu mengingatkan ibu-ibu yang bayi dan anak mereka adalah terlalu kecil untuk melawat hospital," kata beliau kepada Bernama.

Pegawai itu berkata, ada ibu bapa yang menuruti nasihat tetapi ada juga yang menanggap remeh peringatan yang diberi jururawat dan juga pengawal keselamatan.

Ada juga yang menjawab secara sinis: "Kami tahulah..." dan terus menuju ke wad bersama anak-anak kecil mereka.

"Memang tidak selamat bagi anak kecil melawat hospital. Tidak selamat bagi mereka dan juga tidak selamat bagi pesakit," tambah beliau.

Senang dijangkiti

Anak kecil dan mereka yang mempunyai penyakit kronik senang dijangkiti penyakit.

"Bila kita bercakap tentang penyakit kronik, ini meliputi pesakit yang ada kencing manis, kegagalan buah pinggang, asma dan pelbagai masalah pernafasan serta juga beberapa masalah yang lain," kata seorang pakar penyakit respiratori, Dr. K. Regesh.

Kata beliau, bagi pesakit seperti ini dan juga anak-anak kecil, sistem ketahanan badan mereka rendah dan tidak sekuat orang dewasa yang sihat dan mereka ini lebih senang dijangkiti penyakit, bukan saja H1N1, tetapi juga penyakit berjangkit yang lain.

"Di hospital terdapat banyak kuman-kuman yang lebih berbahaya jika dibandingkan dengan tempat lain. Oleh itu harap jangan membawa anak kecil anda masuk wad walaupun hanya untuk bertanya khabar kepada pesakit.

"Kalau anda terpaksa juga melawat hospital bersama anak anda, bawalah bersama orang lain atau pembantu rumah yang boleh menunggu bersama anak kecil anda di bilik menunggu," katanya.

Bagi ibu bapa yang baru pulang dari hospital atau tempat kerja, Dr. Regesh memberikan nasihat ini: "Bila pulang daripada melawat keluarga atau kawan yang sakit di hospital, mandilah dulu dan tukar kepada pakaian yang bersih sebelum mendekati anak anda.

"Begitu juga bagi mereka yang baru balik dari kerja, bersihkan badan dulu dan tukar kepada pakaian lain sebelum menyentuh anak anda."

Langkah pencegahan kendiri

Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai supaya mengambil langkah pencegahan sendiri untuk mencegah wabak H1N1 daripada menular.

Antara langkah-langkah ini ialah memakai topeng surgikal apabila demam atau batuk dan juga bersin serta membasuh tangan dengan lebih kerap menggunakan sabun dan air.

Kalau anda demam dan sakit tekak, pergilah ke hospital berdekatan dan jangan keluar rumah atau menghampiri anggota keluarga anda.

Anda juga dinasihati tidak mengunjungi tempat awam atau lokasi yang ramai orang.

Utusan Online - Kesihatan 28/08/2009

Peruntukan RM158j tingkat kemudahan, alat di hospital

Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my


KUALA LUMPUR: Kabinet meluluskan peruntukan tambahan kecemasan sebanyak RM158 juta bagi meningkatkan kemudahan dan alat perlindungan kesihatan di hospital kerajaan seluruh negara untuk menangani penularan wabak Influenza A (H1N1) di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata langkah meningkatkan kemudahan di semua hospital kerajaan itu, termasuk menambah bilangan katil dan wad unit rawatan rapi (ICU), di samping tumpuan kepada keperluan alat perlindungan kesihatan untuk doktor dan juga jururawat.

“Ketika ini, ada kira-kira 350 katil dalam ICU di semua hospital kerajaan dan bilangan itu akan ditambah 350 katil lagi. Semua usaha ini akan dilaksanakan secepat mungkin,” katanya kepada Berita Harian, semalam.

Laporan akhbar semalam memetik Liow sebagai berkata, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menyarankan supaya lebih banyak katil ditempatkan dalam ICU kerana di sesetengah hospital kerajaan wad ICU terlalu sesak.

Akhbar semalam juga melaporkan WHO menerima laporan kemunculan virus H1N1 jenis teruk yang terus menyerang paru-paru menyebabkan penghidapnya sakit tenat dan perlu menjalani rawatan mahal di hospital.

Virus jenis teruk itu turut dilaporkan boleh menyebabkan pesakit muda yang tidak mempunyai masalah kesihatan, jatuh sakit tenat.

Mengulas lanjut, Liow berkata, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) dan kumpulan pakar utama melakukan kajian serta pemantauan rapi bagi menentukan sama ada genetik virus H1N1 di negara ini sudah bermutasi atau berubah.

“Setakat ini, masih virus H1N1 yang sama dan Kementerian Kesihatan sentiasa mengambil langkah berjaga-jaga supaya virus jenis teruk itu tidak menular ke negara kita,” katanya.

Sementara itu, Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David Quek Kwang Leng, berkata hospital swasta juga sedang berusaha meningkatkan bilangan katil dalam ICU masing-masing.

“Penyediaan kemudahan di ICU sebenarnya membabitkan kos yang tinggi. Justeru, ketika ini, rata-rata hospital besar hanya mempunyai antara 10 hingga 20 katil dalam ICU masing-masing,” katanya.

BH Online 31/08/2009

Penghidap masalah hati korban ke-72

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Seorang lelaki berusia 49 tahun dilaporkan menjadi korban terbaru wabak selesema babi atau infleunza A (H1N1) menjadikan angka kematian akibat wabak itu di negara ini meningkat 72 orang hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit yang tidak mempunyai pekerjaan tetap serta menghadapi masalah hati itu telah mendapat rawatan di Hospital Melaka pada 13 Ogos lalu.

Beliau berkata, pesakit berkenaan dikesan mempunyai simptom demam, batuk dan muntah selama dua hari dan terus dimasukkan ke wad.

"Rawatan antiviral influenza dan antibiotik telah dimulakan serta-merta terhadapnya. Pelbagai ujian termasuk tifoid, denggi, leptospiral serta H1N1 didapati negatif pada 18 Ogos.

"Rawatan tetap diteruskan bagaimanapun pesakit tenat kerana masalah paru-paru,'' katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, pesakit tersebut telah dipindahkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan meninggal dunia pada 19 Ogos lalu.

Mohd. Ismail berkata, sehingga hari ini, sejumlah 202 pesakit baru yang mempunyai gejala serupa influenza (ILI) telah dimasukkan ke hospital untuk rawatan manakala 285 kes yang mengalami penyakit yang sama telah dibenarkan keluar.

Beliau berkata, seramai 1,515 pesakit ILI sedang dirawat di 97 hospital termasuk lima pesakit di hospital swasta di seluruh negara.

Katanya, daripada jumlah itu hanya 280 pesakit yang disahkan positif H1N1.

Menurut Mohd. Ismail, daripada 280 kes yang disahkan H1N1, 44 kes berada di ICU termasuk lima kes kemasukan baru sementara tujuh kes telah keluar dari ICU.

Jelasnya, daripada 44 kes yang sedang dirawat di ICU, 36 atau 82 peratus mempunyai faktor risiko iaitu obesiti 12 kes, kanak-kanak atau bayi (tujuh) penyakit kronik, penyakit jantung dan asma masing-masing tiga kes manakala mengandung dan imuniti rendah masing-masing dua kes.

Di peringkat global pula, beliau berkata, berdasarkan laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih aktif dengan jumlah kes sehingga hari ini iaitu 246,221 dengan 2,958 kematian melibatkan 182 negara.

Katanya, bagaimanapun perangkaan tersebut tidak menunjukkan gambaran sebenar ancaman H1N1 kerana WHO kini tidak mewajibkan semua negara melaporkan bilangan kes yang dijangkiti.

Beliau turut menasihatkan ibu bapa supaya menghantar anak mereka yang sihat sahaja ke sekolah bermula Selasa ini.

Beliau juga mengingatkan orang ramai terus mengamalkan kebersihan diri dengan mencuci tangan dan menjaga peradaban sewaktu batuk.

Orang ramai juga diminta mengurangkan aktiviti mengunjungi tempat awam yang sesak serta majlis perjumpaan.

Utusan Online 31/08/2009

Pakar dilantik beri ceramah

Oleh NORAINI NORDIN
pengarang@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 30 Ogos - Kementerian Kesihatan akan melantik seorang pakar di setiap negeri untuk menjadi penceramah khas wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya penyakit tersebut.

Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pakar yang terdiri daripada kakitangan kementerian itu akan memulakan latihan di Putrajaya, Selasa ini.

"Mereka akan dilatih secukupnya mengenai H1N1 serta cara menyampaikan maklumat tersebut kepada seluruh masyarakat termasuk doktor swasta,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kenyataan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendedahkan kefahaman dan pengetahuan rakyat Malaysia mengenai wabak H1N1 masih rendah termasuk cara penularannya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam laporan akhbar hari ini berkata, sekumpulan pakar WHO telah datang ke Malaysia baru-baru ini dan dalam laporan mereka yang diperoleh Khamis lalu menunjukkan orang awam masih tidak memandang serius bahaya wabak H1N1.

Mengulas lanjut, Mohd. Ismail berkata, kementerian akan mengadakan kaji selidik mengenai tahap kesedaran rakyat berkaitan H1N1 dan keberkesanan kempen yang telah dijalankan oleh kerajaan selama ini.

"Pendedahan yang menyebut tahap kesedaran rakyat negara ini mengenai H1N1 rendah dibuat oleh WHO setelah mereka melakukan kaji selidik rambang.

"Sebab itu kementerian perlu membuat kaji selidik sendiri. Ia akan dilakukan secepat mungkin,'' katanya.

Utusan Online - 31/08/2009

Virus H1N1 belum mutasi di negara ini - Tiong Lai

PULAU PINANG 30 Ogos - Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, bentuk virus influenza A (H1N1) masih kekal sama di negara ini dan belum melalui proses mutasi yang boleh bertukar menjadi lebih teruk.

Katanya, virus tersebut masih kekal sebagai H1N1 dan perkembangan tersebut turut dipantau pihaknya dan juga Institut Penyelidikan Perubatan Malaysia (IMR) dari semasa ke semasa.

''Kami juga ada pihak yang akan memantau segala perkara berkaitan virus tersebut dan pihak kami juga akan memastikan sekiranya terjadi sebarang mutasi lain, kita akan umumkan.

''Seperti kita ketahui, virus ini semakin merebak di negara ini, jadi kita perlu meneruskan usaha menghalang ia daripada merebak dengan terus memberi kesedaran berhubung penyakit itu kepada orang ramai," katanya.

Tiong Lai ditemui selepas mengadakan sesi dialog tertutup bersama persatuan dan pertubuhan masyarakat Cina anjuran MCA Pulau Pinang yang turut disertai Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat di sini hari ini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberi amaran mengenai kewujudan bentuk virus H1N1 yang lebih teruk.

Amaran WHO itu yang dilaporkan media hari ini juga mengatakan bahawa virus tersebut boleh menyerang paru-paru orang yang sihat hingga menyebabkan pelbagai penyakit.

Dalam pada itu, Tiong Lai berkata, pihak kementerian akan terus menggerakkan usaha bagi memastikan tahap kesedaran orang ramai berhubung wabak itu berada pada peringkat yang baik.

''Selain itu, kita juga akan memastikan antiviral penyakit itu di semua hospital dan klinik mempunyai bekalan yang mencukupi sekali gus mampu untuk menangani penyakit tersebut," jelasnya.

Utusan Online 31/08/2009

Doktor mangsa terbaru selesema babi

http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Monday/Nasional/20090830231725/Article/print_html - BH Online 31/08/2009

KUALA LUMPUR: Seorang doktor wanita yang dimasukkan ke wad Hospital Pakar Seremban (SSH) sejak 21 hari lalu, meninggal dunia awal pagi semalam, dipercayai akibat dijangkiti wabak Influenza A (H1N1).

Dr Noorfiza Isa, 43, yang bertugas di hospital itu sejak lima tahun lalu, sebelum itu dikatakan koma sehingga menghembuskan nafas terakhir pada jam 3.30 pagi semalam dan dikatakan doktor pertama di negara ini yang meninggal dunia akibat penyakit berkenaan.

Menurut sumber, Allahyarham bertugas di Unit Kecemasan dan mengalami tanda penyakit berbahaya itu pada 6 Ogos lalu dan dimasukkan ke wad tetapi dibenarkan keluar sehari selepas itu.

Bagaimanapun, keadaan mangsa yang tinggal di Taman Tasik Jaya, Senawang, semakin buruk dan dimasukkan semula ke wad hospital berkenaan pada malam 9 Ogos dan koma sehingga meninggal dunia awal pagi semalam.

“Mangsa adalah antara tiga doktor di hospital itu yang dijangkiti H1N1 tetapi keadaan mangsa yang paling teruk dan dirawat selama 21 hari sebelum meninggal dunia,” katanya.

Sementara itu, jurucakap Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan, berkata setakat ini hanya 15 kakitangan yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan di seluruh negara dijangkiti wabak berbahaya itu tetapi tiada kematian dilaporkan setakat ini.

“Bagi kematian membabitkan doktor wanita itu, setakat ini tidak dapat disahkan punca kematiannya sehingga keputusan ujian mengenainya mungkin dikeluarkan esok (hari ini),” katanya.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, dalam kenyataannya semalam, menyebut seorang lagi berusia 49 tahun dengan masalah kesihatan hepar (hati) menjadi mangsa korban terbaru jangkitan wabak itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata mangsa ke-72 itu meninggal dunia pada 19 Ogos di Hospital Melaka dan laporan biopsi bedah siasat yang diterima mendapati sampel paru-paru positif H1N1 pada 24 Ogos lalu.

Selain itu, sehingga jam 9 pagi semalam, beliau berkata, 44 pesakit berada di ICU dengan 36 kes atau 82 peratus mempunyai faktor risiko, iaitu penyakit kronik (tiga), obesiti (12), kanak-kanak/bayi (tujuh), lepas bersalin/hamil (dua), penyakit jantung (tiga), kegagalan ginjal (empat), asma (tiga) dan imuniti rendah (dua).

Sementara itu, beliau berkata, laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menunjukkan penularan pandemik H1N1 seluruh dunia masih aktif membabitkan 246,221 kes dengan 2,958 kematian di 182 negara.

Thursday, August 20, 2009

H1N1: Syarikat insurans sila jawab!

KOLUM ini tidak keluar semalam kerana influenza A (H1N1) menyerang saya. Namun tiga hari dua malam ditahan di hospital dengan pelbagai ujian dilakukan memberikan saya banyak pengalaman dan pendedahan. Sekurang-kurangnya selepas ini, saya tahu apa yang hendak ditulis mengenai wabak itu. (Malah yang paling bernilai ialah apabila saya menemui sesuatu yang mengejutkan dalam bahagian kedua tulisan ini di bawah).

Setelah ujian calitan hidung dan tekak, x-ray serta darah dilakukan ke atas saya, keputusannya didapati negatif. Doktor kata sistem pertahanan badan saya kuat. Tapi saya tetap diberi ubat Tamiflu (nama generiknya: Fluhalt) sebagai langkah pencegahan setelah simpton-simpton influenza itu memang ada pada saya. Tanda-tanda awalnya, saya sakit tekak semasa tidur malam dan hidung tersumbat. Tapi saya tidak demam.

Sebenarnya bukan saya seorang sahaja yang kena. Tiga lagi anak saya pun terpaksa berkampung di hospital yang sama. Dua daripada mereka masuk ke hospital pada Jumaat lepas dan dibenarkan keluar Selasa. Salah seorang daripada mereka positif.

Semasa dua orang itu sedang dirawat, saya dapati seorang lagi anak saya demam panas pada malam Ahad lalu. Suhu badannya naik sehingga 38 Celsius. Saya membawanya ke bilik kecemasan pada pagi Isnin dan kedua-dua kami diperiksa doktor. Dr. Raja yang merawat menasihatkan kami berdua masuk wad. Maka, akhirnya semua kami empat beranak berada dalam wad. Semasa itu, saya berdoa agar jangan emaknya pula kena. Alhamdulillah isteri saya bebas.

Doktor Mazidah yang merawat saya (yang juga doktor saya selama ini) sempat membuat lawak apabila mendapati kami anak-beranak berada di situ. Dua anak saya didapati positif H1N1 dan anak saya seorang lagi negatif.

Saya syak salah seorang anak saya membawa influenza A itu dari sekolah mereka. Kebetulan semasa mereka jatuh sakit - sekolah mereka terpaksa ditutup seminggu kerana wabak itu.

Penyakit ini sebenarnya tidaklah berat. Ia seperti demam biasa - batuk, selesema, sakit-sakit badan, sakit tekak yang boleh dirawat dengan mudah menerusi ubat demam, parasetamol dan antibiotik. Tapi yang menjadi masalahnya ia boleh merebak. Virus itu boleh disebarkan dalam jarak kurang tiga kaki daripada pembawanya. Sekiranya pembawanya bersin, virus itu akan berterbangan dan hinggap kepada mangsa yang lain. Oleh sebab itulah nasihat yang diberikan: jika kita berada dalam persekitaran yang ramai, pakailah penutup hidung dan mulut. Cucilah tangan dengan bahan pencuci atau sabun supaya virus itu tidak masuk ke dalam sistem badan.

Semasa berada di hospital itu, saya diberitahu terlalu ramai yang ditahan kerana H1N1. Di bilik ER (kecemasan) hospital itu penuh dengan pesakit - demam dan selesema menunggu giliran untuk mendapatkan rawatan.

Yang paling bahayanya mengenai influenza A ini ialah jika pembawanya menghidap komplikasi yang lain seperti lelah, sakit jantung, kegemukan, darah tinggi dan sebagainya. Jika tidak dirawat segera, ia akan berkait-kait dan akhirnya memberi komplikasi yang lebih teruk seperti radang paru-paru, radang saluran pernafasan dan akhirnya membawa maut.

Oleh itu, jika pembaca mendapati diri anda demam, selesema atau hidung tersumbat, batuk-batuk, loya, muntah-muntah, sakit-sakit badan atau cirit-birit segeralah ke hospital, klinik atau pusat rawatan terdekat. Ia boleh jadi bukan demam biasa, tapi influenza A (H1N1) atau juga disebut - dengan nama yang kurang enak, selesema babi.

Sebagai mengikuti SOP kesihatan yang ditetapkan, doktor memberi saya cuti sakit - kuarantin - selama seminggu lagi. Apa pun, terima kasih juga kepada Dr. Ronald, Dr. Sofiah dan juru-jururawat 467 dan 464 sekelian.

Mana perginya tanggung jawab sosial anda?KITA mendengar suara-suara daripada pihak kerajaan, NGO atau juga daripada pihak media menggesa supaya di masa kita semua sedang menghadapi krisis kesihatan H1N1 sekarang - belum darurat lagi (?!) - marilah kita berganding bahu menolong antara satu sama lain.

Pelbagai cara boleh dilakukan seperti tidak menaikkan harga penutup hidung dan mulut, serta tidak menaikkan harga ubat-ubatan dan lain-lain lagi. Media pula berkorban keuntungan dengan menyediakan ruangan percuma untuk menerangkan kepada orang ramai mengenai bahayanya influenza A (H1N1) yang setakat ini telah mengorbankan lebih 60 nyawa dan menjangkiti lebih 80,000 rakyat Malaysia.

Namun malang sekali, gesaan itu tidak semuanya berlaku. Kerajaan terpaksa mengenakan perintah kawalan harga bagi penutup hidung dan mulut yang harganya naik berganda-ganda.

Komersial sekali lagi mengatasi segala-galanya. Komersial mengambil alih soal tanggungjawab sosial.

Syarikat-syarikat insurans juga sama. Ada antara syarikat-syarikat insurans enggan memberi perlindungan kepada penghidap H1N1.

Saya ulangi syarikat-syarikat insurans, termasuk Medijaring yang sepatutnya melindungi saya dan keluarga saya, tidak berbuat demikian.

Saya dimaklumkan mengenai perkara ini semasa daftar-keluar wad di hospital yang merawat saya semalam. Hospital memberitahu, saya kena bayar sendiri bil anak-anak saya yang disahkan menghidap H1N1.

Dalam sepucuk surat yang dikenali sebagai Surat Penolakan, Medijaring memberitahu: Dengan dukacitanya, kami mengesahkan untuk menolak permohonan Surat Jaminan kerana: Lain-Lain Sebab.

Satu tulisan kecil yang ditulis di bawah kotak terakhir Lain-Lain Sebab itu berbunyi: Diagnosis 'H1N1' jatuh di bawah kategori yang tidak dilindungi oleh insurans. Kesemua bayaran harus diselesaikan sendiri oleh pesakit.

Saya ulangi sekali lagi: H1N1 tidak dilindungi oleh insurans? Wahai syarikat insurans, benarkah apa yang saya baca dari surat yang diserahkan kepada saya oleh pihak hospital itu? Jika benar apa sebabnya?

Apakah H1N1 itu sama kategori dengan penyakit-penyakit lain yang juga tidak dilindungi oleh syarikat insurans tuan, seperti: HIV, pembedahan plastik, rawatan menguruskan badan, mencedera diri sendiri, cubaan membunuh diri, bersunat, masalah ketagihan arak atau dadah dan lain-lain?

Yang saya tahu, H1N1 sepatutnya jatuh dalam kategori demam dan selesema yang sepatutnya dilindungi oleh syarikat insurans. Mana kita tahu yang demam atau selesema kita itu kemudian ada kaitan dengan H1N1?

Di masa negara memerlukan sokongan tuan-tuan sekelian dalam menghadapi malapetaka wabak ini dan rasa patriotik kepada anak bangsa dan negara ini - di mana perginya maruah syarikat-syarikat insurans terbabit?

Sila jawab!

Utusan Online 20/08/2009

Soal jawab H1N1

Apa itu H1N1 (selesema babi)?

IA merupakan virus influenza baru yang boleh menyebabkan manusia jatuh sakit. Virus baru ini pertama kali dikesan pada manusia di Amerika Syarikat pada April 2009. Virus ini merebak daripada individu kepada individu lain di seluruh dunia seakan sama cara penyebaran virus influenza bermusim yang lain.

Pada 11 Jun 2009, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah memberi amaran bahawa wabak atau pandemik H1N1 sedang merebak.

Kenapa H1N1 kandang kala dipanggil selesema babi?

Virus ini asalnya dirujuk sebagai selesema babi kerana ujian makmal menunjukkan bahawa kebanyakan gen dalam virus baru ini amat sama dengan virus influenza yang biasanya terdapat pada babi di Amerika Utara.

Bagaimanapun kajian selanjutnya menunjukkan bahawa virus baru ini amat berbeza daripada yang biasanya tersebar pada babi di wilayah tersebut.

Ia mempunyai dua gen daripada virus selesema yang biasanya tersebar dalam babi di Eropah dan Asia dan gen burung dan gen manusia. Ahli sains memanggil ini sebagai virus quadruple reassortant.

Adakah virus H1N1 berjangkit?

Pusat kawalan penyakit Amerika Syarikat (CDC) telah mengenalpasti bahawa virus H1N1 berjangkit dan merebak dari manusia kepada manusia.

Bagaimana virus H1N1 merebak?

Virus H1N1 dipercayai merebak sama seperti cara selesema bermusim merebak. Virus selesema lazimnya mereka daripada seorang ke seorang melalui batuk atau bersin.

Kadangkala orang ramai mungkin dijangkiti melalui sentuhan - seperti sentuhan pada permukaan atau objek tertentu - yang terdapat virus tersebut dan kemudian menyentuh hidung atau mulut.

Apakah tanda-tanda dan simptom orang yang dijangkiti virus?

Simptom bagi virus selesema H1N1 pada manusia termasuk demam, batuk, sakit tekak, hidung berair atau tersumbat, sakit badan, pening, seram sejuk dan letih.

Sejumlah besar orang yang dijangkiti penyakit ini juga dilaporkan mengalami diarea (cirit birit). Kes kematian disebabkan virus ini juga semakin membimbangkan.

Berapa lama orang yang telah dijangkiti virus ini merebakkan kepada orang lain?

Individu yang dijangkiti dengan virus selesema bermusim dan H1N1 mungkin boleh menjangkiti orang lain sehari sebelum dia jatuh sakit hingga 5 ke 7 hari selepas itu. Tempoh ini boleh menjadi lebih lama bagi sesetengah orang terutama kanak-kanak dan individu yang sistem imunisasinya lemah.

Apa yang boleh dilakukan untuk melindungi dari daripada jatuh sakit?

Setakat ini tidak ada vaksin untuk melindungi diri daripada virus H1N1. Bagaimanapun vaksin tersebut sedang dalam proses pengeluaran dan mungkin sudah boleh diperoleh oleh orang awam tidak lama lagi. Namun seperti kebiasaan, vaksin hanya mampu melindungi daripada influenza bermusim.

Terdapat langkah rutin yang boleh membantu mengelak merebaknya virus yang menyebabkan masalah pernafasan seperti influenza.

Antaranya, tutup hidung dan mulut dengan tisu ketika batuk atau bersin. Buang tisu tersebut dalam tong sampah selepas digunakan.

Kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas batuk atau bersin. Pembersih seperti gel atau tisu lembap berasaskan alkohol juga efektif.

Elak daripada menyentuh mata, mulut atau hidung. Kuman mudah merebak cara itu.

Cuba elak daripada bersentuhan dengan orang yang sakit. Jika anda jatuh sakit dan mempunyai simptom seperti dijangkiti selesema, disarankan terus berada di rumah sehinggalah sekurang-kurangnya 24 jam selepas demam sembuh.

Seboleh mungkin jauhi diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit.

Langkah-langkah penting lain yang boleh anda ambil:

Ikut nasihat pihak berkuasa kesihatan termasuk berkenaan penutupan sekolah, elak berada di tempat ramai orang dan jauhi diri daripada kegiatan sosial lain.

Bersiap sedia jika secara tiba-tiba anda sakit dan perlu berkurung dalam rumah sekurang-kurangnya selama seminggu dengan menyiapkan bekalan ubat-ubatan, tisu, pembersih tangan berasaskan alkohol dan barang-barang lain yang berkaitan dan berguna. Ini bagi mengelak anda terpaksa keluar rumah ketika sakit.

Jika saya mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti virus H1N1, perlukah saya pergi berkerja?

Pekerja yang sihat tetapi mempunyai ahli keluarga yang dijangkiti H1N1 boleh datang kerja seperti biasa. Tetapi kesihatan pekerja ini perlu dipantau setiap hari dan mengambil langkah berjaga-jaga termasuk kerap mencuci tangan dengan air dan sabun terutama selepas mereka batuk dan bersin.

Jika mereka jatuh sakit mereka harus memberitahu majikan dan tinggal di rumah.

Pekerja yang sememangnya mempunyai masalah kesihatan atau sedang hamil harus mendapatkan nasihat daripada doktor masing-masing kerana mereka mungkin perlu mengambil ubat antiviral bagi mengelak jatuh sakit.

Apa teknik terbaik untuk mencuci tangan bagi mengelak selesema?

Kerap mencuci tangan akan membantu mengelak daripada kuman. Cuci dengan sabun dan air atau pembersih tangan berasaskan alkohol.

Disarankan mencuci tangan - dengan sabun dan air suam - selama 15 hingga 20 saat. Jika tidak ada air atau sabun tisu basah pakai buang berasaskan alkohol atau gel sanitizers juga boleh digunakan.

Apa yang perlu dilakukan jika saya jatuh sakit?

Jika anda tinggal di kawasan di mana terdapat individu yang telah dikenal-pasti dijangkiti selesema H1N1 dan jatuh sakit dengan simptom-simptom seperti demam, sengal badan, hidung berair atau tersumbat, sakit tekak, loya atau muntah, diarea dan sebagainya anda harus berada dalam rumah dan elak daripada bersentuhan dengan orang lain.

Disarankan agar terus berada di rumah sekurang-kurangnya 24 selepas demam sembuh.

Jauhkan diri daripada orang lain bagi mengelak mereka turut jatuh sakit. Berada dalam rumah bermakna anda tidak harus keluar rumah kecuali untuk mendapatkan rawatan perubatan. Ini juga termasuk mengelak aktiviti biasa seperti bekerja, ke sekolah, melancong, membeli-belah, menghadiri majlis sosial dan berhimpun di tempat awam.

Jika sakit semakin teruk atau anda berhadapan risiko tinggi menghidup komplikasi selesema dapatkan nasihat doktor untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.

Tanda-tanda amaran untuk anda mendapatkan rawatan kecemasan:

Bagi kanak-kanak

lNafas laju atau sukar bernafas.

lWarna kulit kebiruan atau pucat.

lTidak mahu minum atau tidak cukup minum.

lMuntah berterusan.

lAnak tidur berterusan atau tidak berinteraksi (penurunan kesedaran).

lAnak menjadi sangat cerewet dan tidak mahu didukung.

lGejala selesema seperti semakin pulih tetapi kemudian kembali lagi dengan demam dan batuk lebih terus.

Bagi orang dewasa

lSukar bernafas atau nafas pendek-pendek.

lBerasa sakit atau tekanan pada dada atau perut.

lPening secara tiba-tiba.

lSeperti orang bingung.

lMuntah yang teruk dan berterusan.

lGejala selesema seakan pulih tetapi kembali semula dengan demam dan batuk yang teruk.

Berapa lama virus influenza boleh terus hidup pada sesuatu objek (seperti buku atau tombol pintu)?

Kajian menunjukkan virus influenza boleh hidup pada sesuatu permukaan terdedah dan masih boleh menjangkiti orang lain dua hingga lapan jam selepas berada di situ.

Apa yang boleh membunuh virus influenza ?

Virus influenza boleh dimusnahkan dengan suhu panas (75-100°Celcius). Selain itu, beberapa jenis kimia pembunuh kuman termasuk chlorine, hydrogen peroxide, detergents (sabun ), iodophors (antiseptik berasaskan iodin) dan alkohol juga berkesan jika digunakan dengan betul.

Sebagai contoh, tisu atau gel beralkohol boleh digunakan untuk membersihkan tangan. Gel tersebut harus digosok padan tangan hingga ia kering.

Utusan Online - Kesihatan http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0820&pub=Utusan_Malaysia&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

Selesema babi pandemik paling buruk dunia

Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
shahara.ghazali@utusan.com.my






Pada 11 Jun lalu, Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengisytiharkan pandemik H1N1 telah berada di tahap enam, menjadi pandemik global pertama sejak selesema Hong Kong pada 1968.
--------------------------------------------------------------------------------



Percaya atau tidak, walaupun dengan hanya 27 juta penduduk, Malaysia merupakan antara negara yang mencatatkan jumlah kes selesema babi paling tinggi di dunia.

Malah sehingga Selasa lepas, kita menduduki tempat kelapan jumlah kematian tertinggi dunia ekoran wabak maut itu dengan 67 kematian dari 4,225 kes disahkan positif.

Pandemik selesema babi ialah satu wabak terkini yang melanda penduduk dunia secara besar-besaran. Wabak ini adalah ekoran jangkitan strain baru daripada virus selesema Influenza A, subjenis H1N1.

Sebagai perbandingan, sehingga Selasa lepas, seluruh dunia mencatatkan 242,872 kes yang disahkan positif manakala angka kematian telah mencecah seramai 2,267 orang.

Amerika Syarikat mencatatkan jumlah kes positif dan kematian paling tinggi iaitu 46,948 kes dengan 477 kematian.

Ia diikuti Argentina, Brazil, Mexico, Australia, Chile, Thailand, Malaysia, Kanada dan Britain.

Bagaimanapun Jerman, Jepun dan China masing-masing mencatatkan kes positif seramai 11,103 orang, 5,022 orang dan 2,350 orang tetapi masih belum ada kematian yang dicatatkan.

Selesema Spanish 1918

Sepanjang abad ke-20, strain virus influenza A adalah punca tiga pandemik selesema terbesar dunia, iaitu selesema Spanish pada tahun 1918, selesema Asia pada 1956 hingga 1958 dan selesema Hong Kong pada 1968 hingga 1969.

Seluruh dunia, dianggarkan sehingga satu bilion orang dijangkiti selesema Spanish yang telah menyebabkan anggaran jumlah kematian sehingga 100 juta orang.

Pandemik influenza A terkini pertama kali dikenalpasti pada April 2009 bermula di Mexico, dipercayai ia telah menular beberapa bulan sebelum itu sebelum ia dikenalpasti sebagai satu wabak.

Justeru, kerajaan Mexico mengambil langkah menutup hampir semua pejabat dan kemudahan awam serta swasta di seluruh bandar Mexico sebagai langkah membendung wabak tersebut.

Ia merebak dengan mudah di hemisfera selatan ekoran ia berada di musim selesema musim sejuk dan negara-negara membangun yang mempunyai sistem penjagaan kesihatan terhad.




virus ini telah menyerang ratusan ribu mangsa di seluruh dunia dalam masa beberapa bulan sahaja.
--------------------------------------------------------------------------------



Penularannya secara mendadak menyebabkan selesema babi diistiharkan sebagai pandemik dunia pada 11 Jun lepas.

Biasanya, ia merebak melalui batuk, bersin dan sentuhan permukaan yang tercemar. Simptomnya serupa dengan selesema biasa termasuk demam, bersin, sakit tekak, sakit kepala dan sakit-sakit sendi yang biasanya kekal selama seminggu.

Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat (AS) mendapati kebanyakan kematian melibatkan mereka yang mempunyai sistem imunisasi yang lemah atau masalah kesihatan seperti asma, obesiti atau penyakit jantung.

Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal perubatan New England Journal of Medicine mendapati 94 peratus daripada pesakit yang disahkan positif menghidap selesema babi mendapat demam panas, manakala 92 peratus pesakit mendapat batuk.

Mereka yang berisiko tinggi mendapat komplikasi serius termasuk warga tua yang berusia melebihi 65 tahun, kanak-kanak yang berusia kurang lima tahun, wanita mengandung.

Data CDC menunjukkan lebih 70 peratus daripada kes yang dimasukkan ke hospital ialah mereka yang mempunyai masalah kesihatan.

Di awal penyebarannya, kebanyakan kes di luar Amerika Utara berpunca dari lawatan ke AS dan Mexico, bagaimanapun penyebaran di dalam negara telah dilaporkan di sekurang-kurangnya 89 negara seawal bulan Jun.

Media seluruh dunia menggelarkan influenza ini sebagai selesema babi kerana virus terbaru itu adalah sejenis influenza yang berasal dari strain virus yang terdapat di kalangan haiwan tersebut. Walaupun, pegawai rasmi kesihatan antarabangsa telah mengesahkan bahawa daging babi selamat dimakan, beberapa dozen negara masih mengharamkan import daging babi dari AS.

Terlepas pandang

Terdapat juga pakar yang mendakwa pegawai rasmi kesihatan seluruh dunia telah terlepas pandang akan risiko kumpulan babi sebagai penyebab strain influenza baru, sedangkan tumpuan yang lebih banyak telah diberikan kepada ancaman selesema burung.

Penyelidik berpendapat perdagangan babi hidup di antara Eurasia dan Amerika Utara telah membantu mencampuradukkan strain-strain berlainan virus influenza babi sehingga menyebabkan pembentukan strain virus H1N1 yang terbaru.

Tambahan pula, virus influenza H1N1 kali ini disifatkan oleh pakar virologi dari Universiti Hong Kong, Guan Yi, sebagai sangat tidak stabil yang bermakna ia boleh bercampur dan memindahkan bahan genetik apabila terdedah dengan virus lain memudahkannya untuk bermutasi.

Malah pandemik terbaru ini juga menyebabkan para penyelidik mengesyaki punca utama wabak 2009 ialah kekurangan pemantauan daripada industri babi memandangkan penternakan haiwan itu terlalu diindustrikan.

Terkini Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengesahkan bahawa jumlah jangkitan baru di hemisfera selatan kelihatannya telah memuncak dan kemudiannya mula berkurang di negara seperti Argentina, Chile, Australia dan New Zealand.

Bagaimanapun, badan itu mendapati penularan virus itu semakin aktif dengan jangkitan baru yang semakin meningkat di negara-negara Asia termasuk Thailand, India, Vietnam dan Malaysia.

Memandangkan virus tersebut boleh merebak dengan mudah, sama ada melalui udara atau sentuhan, mereka yang dijangkiti sewajarnya dikuarantin di rumah dengan tidak ke sekolah, ke tempat kerja atau tempat-tempat awam.

CDC mencadangkan orang ramai yang mengalami tanda-tanda selesema untuk tinggal di rumah selama tujuh hari dan jangan keluar atau kembali ke pejabat atau sekolah sehinggalah 24 jam selepas sihat sepenuhnya.

Dalam usaha mengawal penularan selesema babi, beberapa negara terutama Asia telah mengenakan arahan kuarantin terhadap penumpang kapal terbang yang mempunyai simptom selesema, malah ada negara yang mewajibkan pemeriksaan kepada penumpang.

Langkah penutupan sekolah bagaimanapun dianggap strategi yang tidak efektif. Bak kata Penguasa Kesihatan Awam Houston, David Persse, penularan virus tersebut terlalu mudah dan pantas di kalangan pelajar sekolah hinggakan apabila sekolah ditutup sebenarnya sudah terlewat.

Kebanyakan negara kini menasihatkan rakyatnya supaya menangguhkan perjalanan ke luar negara, serta memantau mereka yang baru pulang dari kawasan yang dijangkiti.

Sebagai langkah pencegahan, banyak syarikat penerbangan telah membaiki prosedur kebersihan terhadap penerbangan antarabangsanya bagi mengurangkan risiko termasuk memasang penapis udara, pemeriksaan suhu terhadap semua penumpang dan menyediakan tuala dengan antiseptik.

Ada juga negara yang menguatkuasakan perintah kuarantin yang sangat ketat terhadap pelancong termasuk kerajaan China yang mengarahkan 21 pelajar dan tiga guru dari AS berkurung di dalam bilik hotel mereka ekoran salah seorang penumpang kapal terbang disyaki mengidap selesema babi.

Di Hong Kong pula, sebuah hotel mengkuarantinkan kesemua 240 tetamu selepas salah seorang tetamu disahkan mengidap virus tersebut, sementara kerajaan Australia mengarahkan sebuah kapal pesiar dengan 2,000 penumpang supaya tidak mendarat selama seminggu.

WHO menjangkakan vaksin penuh untuk virus itu tidak akan ditemui sebelum akhir 2009, jika ada pun mungkin terhad dan akan diberikan terlebih dahulu kepada kakitangan kesihatan, wanita mengandung dan lain-lain kumpulan berisiko tinggi.

Mereka juga bimbang virus influenza A itu boleh bermutasi lagi dan menjadikannya sebarang vaksin baru juga mungkin tidak berkesan.

Doktor rawat selesema babi letih waktu kerja panjang

SAYA adalah seorang doktor pelatih yang berkhidmat wajib dua tahun di sebuah hospital kerajaan di tanah air. Sejak gelombang wabak H1N1 melanda tanah air kita kebelakangan ini, pesakit dilihat tidak putus-putus mengunjungi mana-mana hospital kerajaan.

Boleh dikatakan semua doktor yang bertugas bagaikan tak menang tangan untuk melayani semua pesakit yang datang untuk mendapatkan rawatan. Seperti manusia biasa, kami sebagai doktor pelatih juga tidak terlepas daripada risiko jangkitan wabak selesema babi ini.

Apa yang menjadi kemusykilan kami, pihak hospital atau Kementerian Kesihatan, seolah-olah tidak mengambil berat mengenai kebajikan dan tahap kesihatan kami sehinggakan ada di antara kami yang mengandung, dipaksa untuk bekerja di klinik H1N1 sedangkan ibu mengandung ini antara golongan berisiko tinggi apabila dijangkiti wabak H1N1.

Sikap tidak mengendahkan kebajikan kami oleh pihak atasan seperti ini melemahkan semangat kami untuk berkhidmat. Terasa nasib kami terabai dan tidak mendapat pembelaan.

Bukan itu saja, kami sebagai doktor pelatih, mengakui bahawa tahap kualiti mutu perkhidmatan kami berkurangan kerana terpaksa bekerja lebih 30 jam apabila ‘on-call’.

Bayangkan bagaimana keadaan pesakit yang terpaksa menerima rawatan daripada kami doktor pelatih yang rata-ratanya mengantuk dan keletihan disebabkan jadual kerja yang mengalahkan buruh paksa.

Maka tidak hairanlah ada di kalangan pesakit yang diherdik dan dimarahi oleh kami sedangkan kami sendiri terasa bagai pesakit yang didera fizikal dan mental oleh pihak pengurusan hospital.

Untuk pengetahuan umum, hospital kerajaan di luar negara menetapkan bahawa seorang doktor yang berkhidmat lebih daripada 56 jam seminggu, tidak dibenarkan meneruskan khidmat kerana ini akan membahayakan nyawa pesakit.

DOKTOR PELATIH TERLATIH,
Johor.

BH Online 20/08/2009 - Surat Pembaca

Vaksin H1N1 mungkin berkurangan

PARIS 19 Ogos - Negara-negara di hemisfera utara setakat ini telah memesan lebih satu bilion dos vaksin selesema babi, sekali gus mencetuskan amaran mengenai kekurangan bekalan vaksin tersebut.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, sesetengah negara, terutamanya Greece, Belanda, Kanada dan Israel, sudah memesan dos berganda yang cukup banyak untuk menginokulasi seluruh penduduk negara mereka.

Negara lain seperti Jerman, Amerika Syarikat (AS), Britain dan Perancis membuat pesanan bagi melindungi antara 30 hingga 78 peratus penduduk mereka.

"Pesanan vaksin pandemik yang dibuat oleh negara-negara hemisfera utara kini melebihi satu bilion," kata jurucakap WHO, Melinda Henry.

Beliau mengingatkan bahawa pada peringkat awal, bekalan vaksin adalah sangat terhad dan tidak akan mencukupi untuk menginokulasi seluruh penduduk atau sebahagian besar daripada penduduk.

Pakar memberi amaran, permintaan tinggi bergabung dengan kelewatan pengeluaran boleh menyebabkan kekurangan bekalan, lalu memaksa kerajaan yang bakal menghadapi gelombang kedua selesema itu, yang mungkin lebih dahsyat, membuat pilihan sukar dalam menentukan siapa yang patut diberi vaksin terlebih dahulu.

Pada Julai lalu, WHO melaporkan, 25 syarikat pengeluar ubat yang telah mengumumkan hasrat untuk mengeluarkan vaksin itu boleh menghasilkan 94 juta dos seminggu mulai pertengahan Oktober ini.

WHO, bagaimanapun meminda jumlah tersebut kepada angka yang jauh lebih rendah apabila enam pengeluar terbesar vaksin yang bertanggungjawab bagi 85 peratus pengeluaran global, melaporkan virus selesema babi yang mereka gunakan tidak membiak secepat yang dijangka.

"Jenis virus vaksin yang digunakan sekarang hanya menghasilkan 25 hingga 50 peratus daripada anggaran asal atau serendah 23 juta dos seminggu," kata Henry.

Beliau berkata, masih ada tanda tanya sama ada satu atau dua dos akan diperlukan bagi memastikan perlindungan vaksin yang berkesan.

Sebuah syarikat pengeluar ubat China, Sinovac Biotech semalam mengumumkan bahawa pihaknya sudah selesai menjalankan ujian klinikal yang menunjukkan vaksin barunya 'menghasilkan imuniti yang baik selepas satu dos'.

Namun, ramai pakar berkata, dos berganda akan diperlukan kerana kebanyakan orang tidak mempunyai imuniti terhadap virus baru influenza A (H1N1) itu. - AFP

H1N1: Wanita hamil mangsa terbaru

KUALA LUMPUR: Seorang wanita hamil berumur 33 tahun di Johor menjadi mangsa korban terbaru Influenza A (H1N1) menjadikan jumlah kes kematian di negara ini seramai 68 orang, selepas tiada kes kematian dicatatkan semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata wanita hamil 34 minggu itu dilaporkan meninggal dunia pada 13 Ogos akibat "pneumonia yang teruk dan sesak nafas" dan disahkan positif H1N1 keesokan harinya.

Wanita berkenaan dimasukkan ke wad hospital swasta di Johor Bahru pada 8 Ogos setelah mengalami demam dan batuk selama sehari, dan lima hari kemudian dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Aminah Johor Baharu setelah mengalami sesak nafas dan diberikan rawatan Tamiflu, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dr Mohd Ismail berkata selain itu, sebanyak 195 lagi kes disahkan positif H1N1 dengan 35 kes daripadanya mendapat rawatan di ICU dengan 20 kes terdiri daripada mereka yang mempunyai faktor risiko iaitu diabetes (empat kes), penyakit kronik (lima kes), asma (dua kes), hamil dan bersalin (empat kes), obesiti (satu kes), kanak-kanak istimewa (dua kes) dan kanak-kanak di bawah setahun (dua kes).

Katanya, pada masa sama, seramai 188 orang telah dibenarkan keluar daripada hospital di seluruh negara.

Dr Mohd Ismail menasihatkan orang ramai supaya lebih prihatin membezakan gejala selesema biasa dengan jangkitan influenza.

"Di antara perbezaaan yang ketara ialah apabila dijangkiti influenza, individu akan mengalami demam yang tinggi melebihi 38 darjah Celcius sehingga tiga ke empat hari, sakit kepala, sakit tekak, kerap letih, sakit badan yang biasanya teruk, letih lesu dan batuk tanpa kahak di peringkat awal.

"Selesema biasa pula jarang mengalami demam atau demam ringan (kurang daripada 38°Celcius ), hidung berair dan kerap bersin," katanya.

Mengikut laporan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), penularan pandemik H1N1 di dunia masih aktif dengan melibatkan 182 negara.

Sehingga pagi ini, terdapat peningkatan kes jangkitan sebanyak 3,354 kes menjadikan jumlah kes terkumpul 231,269 dengan peningkatan kes kematian sebanyak 207 menjadikan jumlah kematian terkumpul 2,353 di seluruh dunia.

Orang ramai juga dinasihat sentiasa mengikuti perkembangan semasa dan langkah-langkah pencegahan dengan melayari laman web khas H1N1 di http://h1n1.moh.gov.my atau menghubungi talian hotline 03-88810200 atau 03-88810300. - Bernama

Antiviral H1N1 Pada Harga RM80 Di Rangkaian Klinik Cegah Dan Rawat Influenza

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Orang ramai boleh mendapatkan ubat antiviral bagi merawat Influenza A (H1N1) dengan harga tidak melebihi RM80 sekotak di semua rangkaian klinik atau hospital yang menyertai kempen Klinik Cegah dan Rawat Influenza A (H1N1).

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata setakat ini, sebanyak 85 klinik dan hospital swasta di seluruh negara telah mengesahkan penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.

Beliau berkata di bawah kempen itu, klinik atau hospital swasta yang menyertainya akan diberikan harga istimewa bagi membeli ubat antiviral FluHalt (Oseltamivir Phospate) keluaran Syarikat Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd.

"Apabila kita beri kata putus, iaitu klinik jangan jual harga antiviral ini lebih tinggi daripada RM80. Saya rasa dengan jelas orang ramai boleh mendapat antiviral ini dengan lebih murah. Satu ketika dulu harganya meningkat sehingga RM180.

"Kita rasa ini adalah musim pandemik dan dengan sokongan pharmaceutical drug supplier, kita dapat mengurangkan harga ini. Saya harap klinik-klinik mendapatkan bekalan dan memberi rawatan dengan cepat kepada pesakit H1N1," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kempen klinik cegah dan rawat influenza A (H1N1) di sini pada Khamis.

Selain itu tawaran harga rendah, klinik atau hospital swasta di bawah kempen ini juga digalakkan untuk mengenakan caj yang minimum bagi konsultasi kes-kes influenza-like illness (ILI) bagi membantu mengurangkan bebanan kewangan kepada pesakit.

Liow turut menegaskan bahawa tindakan akan dikenakan terhadap mana-mana klinik atau hospital swasta yang enggan memberikan rawatan kepada pesakit H1N1 sebaliknya meminta pesakit dirujuk di klinik atau hospital kerajaan.

"Sebelum ini, ramai pesakit yang pergi ke klinik dan hospital swasta diminta merujuk kepada hospital kerajaan.

"Saya harap ini tidak berlaku lagi. Sudah tiba masanya semua klinik dan hospital swasta memainkan peranan masing-masing untuk membantu kerajaan dalam menangani wabak H1N1," katanya.

Alriz, sebuah syarikat bumiputera dan Ranbaxy (Malaysia) Sdn Bhd, melancarkan kempen bagi membantu rakyat Malaysia mendapatkan rawatan bagi Influenza A(H1N1) dengan lebih mudah dan pada bayaran lebih rendah, di klinik-klinik peserta swasta di seluruh negara.

Sebuah laman web pelbagai bahasa www.h1n1.net.my telah disediakan bagi memberi maklumat kepada orang ramai mengenai H1N1 serta membolehkan mereka mengesan klinik peserta yang terdekat dengan kawasan mereka.

Liow berkata Malaysia telah pun membuat tempahan awal bagi vaksin H1N1 dan bekalan pertama 400,000 dos akan tiba pada Oktober sementara yang kedua pada Januari.

Terdahulu, di Hospital Ampang, Liow menggesa syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa influenza A (H1N1) yang membeli insurans dengan mereka terutamanya jika pelanggan meninggal dunia akibat wabak itu.

"Ia adalah tanggungjawab sosial yang perlu mereka jalankan memandangkan ketika ini tidak semua syarikat insurans menawarkan perlindungan untuk mangsa H1N1," katanya.

-- BERNAMA

Sunday, August 16, 2009

Pendedahan Lokasi Panas H1n1 Tidak Praktikal - Muhyiddin

KUANTAN, 15 Ogos (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata pendedahan lokasi panas influenza A (H1N1) dilihat sebagai tidak praktikal kerana langkah sedemikian akan menimbulkan pelbagai implikasi.

Katanya semalam beliau telah berbincang dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berhubung perkara itu dan memutuskan sukar mengklasifikasikan mana-mana kawasan di negara ini sebagai lokasi panas H1N1 memandangkan wabak itu telah merebak merentasi sempadan.

"Saya telah berbincang dengan Menteri Kesihatan, ada pelbagai pandangan dalam soal ini, (apa pun) tidak ada negara pun yang membuat pengumuman berkenaan "hot spot" H1N1," katanya kepada pemberita di sini pada hari Sabtu.

Beberapa persatuan pengguna sebelum ini dilaporkan meminta Kementerian Kesihatan mendedahkan lokasi panas H1N1 terutama yang membabitkan kematian atau kadar jangkitan yang tinggi supaya orang ramai lebih berwaspada.

Muhyiddin berkata tahap pengabaian terhadap penjagaan diri di kalangan rakyat juga dilihat akan lebih tinggi jika hanya beberapa kawasan diklasifikasikan sebagai lokasi panas H1N1.

"Dalam soal penyakit dan virus, sukar bagi kita beritahu lokasi-lokasi panas yang ada berlaku kematian yang tinggi. Ia bukan macam jerebu yang mana kita akan lihat tompok-tompok merah berlaku kebakaran dalam peta.

"Ini soal virus yang berlaku di banyak negara lain juga. Ia telah merentasi sempadan dan bukan duduk berlegar di satu kawasan sahaja," katanya.

Selain itu, beliau berkata langkah berkenaan juga akan memberi impak negatif kepada sesuatu kawasan jika ia dikategorikan sebagai lokasi panas.

"Misalnya, jika ada kes H1N1 di Kuantan, kita tidak boleh kata jangan pergi ke Kuantan. Orang ramai yang tidak terlibat dalam lokasi panas pula, mereka akan ambil sikap mudah. Itu pun bahaya juga. Jika kita kata tidak ada apa-apa (di sesuatu kawasan), sebenarnya kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku," katanya.

Muhyiddin berkata apa yang penting ialah semua pihak perlu mengambil langkah berjaga-jaga terutama meningkatkan kebersihan diri dan mengelakkan perkara yang boleh mendedahkan diri kepada H1N1.

"Kita sentiasa memberitahu kes-kes yang berlaku menerusi media, jadi jadikan panduan daripada maklumat yang disalurkan kerajaan itu," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata kerajaan telah membelanjakan RM40 juta lagi untuk menambah bekalan ubat antiviral Tamiflu untuk dibekalkan kepada semua hospital kerajaan, swasta dan klinik.

"Kita minta bekalan antiviral Tamiflu ditambah lagi daripada 10 peratus kepada 20 peratus di semua hospital dan klinik. Kita juga telah membelanjakan sebanyak RM3 juta untuk mengedar penutup mulut kepada pelajar sekolah di seluruh negara," katanya.

Beliau juga telah mengarahkan Kementerian Kesihatan menyusun semula waktu menunggu bagi mengatasi masalah kesesakan pesakit di semua hospital kerajaan sejak kes H1N1 semakin serius akhir-akhir ini.

"Misalnya, jika yang datang ke hospital 100 orang, 20 orang tenat, jururawat boleh buat ujian awal dan asingkan mereka yang tenat. Mereka ini mesti diberi layanan utama bagi mengelakkan keadaan pesakit bertambah buruk," katanya.

-- BERNAMA

Kementerian Kewangan, Kesihatan Bersama Tangani H1N1 Elak Jejas Ekonomi

KOTA BAHARU, 15 Ogos (Bernama) -- Kementerian Kewangan akan bekerjasama dengan Kementerian Kesihatan dalam menangani wabak selesema babi atau influenza A (H1N1) daripada menjejaskan ekonomi negara ke tahap yang serius, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Dr Awang Adek Hussin.

" Kementerian Kewangan sudah mengadakan perbincangan untuk menyelaraskan usaha menangani gejala itu dengan Kementerian Kesihatan," katanya kepada pemberita selepas menyampaian bantuan insentif pelbagai peralatan kepada nelayan di sini Sabtu.

Katanya pada masa ini, wabak itu yang melanda negara sekarang ini belum sampai ke peringkat menjejaskan ekonomi negara ke tahap yang mencemaskan.

Beliau berkata wabak penyakit itu bukan sahaja melibatkan negara ini kerana ia merupakan isu global yang ditangani seluruh dunia.

Katanya walaupun wabak itu kini boleh menjejaskan industri pelancongan, namun pada keseluruhannya ia tidak sampai ke peringkat mencemaskan ekonomi negara.



"Walaupun ia sedikit menjejaskan industri pelancongan negara, tetapi diharap ia dapat diatasi dengan adanya penyelarasan yang dilakukan di peringkat kementerian berkaitan. Bagaimanapun, kesan di peringkat kilang-kilang belum nampak lagi," katanya ketika ditanya sama ada wabak berkenaan turut menjejaskan industri perkilangan menyebabkan kilang di negara ini berpaksa ditutup.

Ketika ditanya sama ada kegiatan Ah Long berpunca daripada sikap sesetengah peminjam yang gagal mendapatkan pinjaman daripada bank atau institusi kewangan, Awang Adek berkata tidak semua mereka yang menggunakan khidmat secara haram itu kerana menghadapi kesulitan untuk mendapat pinjaman dengan pihak bank atau institusi kewangan.

Katanya ada antara mereka yang menggunakan khidmat Ah Long kerana ingin mendapat pinjaman secara mudah dan mengalih tumpuan setelah gagal mengikut prosedur yang ditetapkan oleh pihak bank atau institusi kewangan.

Bagaimanapun, pihaknya sedang mencari kaedah yang sesuai bagi menangani gejala itu menerusi peruntukan dalam bajet akan datang.

"Kita (kerajaan) kena buat kajian di peringkat Kementerian Kewangan, sejauh mana rangkaian pergerakan Ah Long dalam mempengaruhi mereka yang memerlukan pinjaman," katanya.

-- BERNAMA



Copyright © 2009 BERNAMA

Swine Flu : Senarai Perlu Faham dan Buat

Oleh

Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net





"Ustaz, saya tak puas hati betul dengan keluarga si X, dah tahu dia tak sihat janganlah datang ke program kita, sekarang saya pun dah selsema ini" Rengus seorang di klinik, kebetulahn bertemu seorang ustaz.

"Heh, sebab anak kamu, pembawa wabak, sekarang ni satu pertiga seokolah kita sudah kena selsema babi, lain kali kalau dah ada symptom, janganlah datang ke sekolah!" kata seorang guru dengan wajah menyinga kepada bapa seorang murid.

"Alahai macam mana ni, tak boleh diri dekat sangat dengan dia ni, dia tengah selsema rupanya, nanti kalau aku jarakkan diri dia terasa pulak" Monolog hati seorang apabila kawannya mengatakan dirinya sedang selsema dan punyai symptom selsema babi.

Itu mungkin beberapa dialog yang semakin popular di ketika ini. Jika tidak dilafazkan sekalipun, ia mungkin sahaja bermain di minda dan hati. Bolehkah kita sedemikian? Apa lagi senarai perlu faham, perlu dan jangan buat di ketika ini?

Wabak swine flu atau selsema babi semakin dahsyat menyerang manusia. Sebelum ini manusia diserang oleh krisis ekonomi hasil tangan mereka sendiri, kali ini krisis bersambung dan berganda dengan serangan krisis kesihatan, juga hasil tangan manusia.

Manusia yang kerap bertukar menjadi bongkak dan angkuh dengan pangkat, kuasa dan harta kini mula menjadi kecut dan takut. Di United Kingdom, pihak kerajaan dan media sering mewarwarkan bahawa swine flu tidaklah berbahaya, ia juga digambarkan sama seperti selsema biasa seperti selsema di musim sejuk yang akan kebah dalam beberapa hari. Ia dikuatkan lagi apabila semua individu yang meninggal dunia akibat swine flu di sini, mempunyai pelbagai penyakit serius yang lain. Keadaan ini menjadikan rakyat UK juga biasa dan hampir tiada dilihat sesiapa memakai ‘facemask' di jalanan sepertimana yang terdapat di Mexico dan Malaysia.





SELSEMA BABI DI UNITED KINGDOM

Namun beberapa hari ini kerisauan sudah mula menjengah di minda kebanyakan rakyat UK akibat kematian seorang kanak-kanak yang sihat akibat swine flu. Ia juga sudah mula merebak dengan makin meluas di United Kingdom sehingga dijangkaan di akhir bulan Ogos, dijangkaan lebih 100,000 orang akan menghidapinya setiap hari.

Hari ini, jumlah mereka yang selsema dan disyaki swine flu di UK semakin bertambah, warga Malaysia di Leicester khususnya dan UK umumnya, juga tidak terlepas dari symptoms swine flu. Semua mula berasa risau tetapi jika sebuah negara maju seperti UK dan USA serta Eropah juga masih terkial-kial, tidak mempunyai penyelesaian rawatan, bagaimana pula nasib negara sedang membangun seperti Malaysia atau Negara-negara lain yang masih mundur.

Media di UK mewarwarkan bahawa dijangkakan vaksin khas untuk virus ini akan berjaya dihasilkan sekitar bulan hadapan. Vaksin ini juga diwartakan akan diberikan kepada seluruh penduduk United Kingdom, dimulakan dengan warga kesihatan di hospital, diikuti golongon berisiko tinggi seperti pesakit athma, diabetes, jantung dan sebagainya. Namun begitu, semuanya masih kabur dan tidak pasti.

Ubat khas seperti anti viral seperti Oseltamivir (Tamiflu) dan Zanamivir (Relenza) hanya boleh diperolehi oleh mereka yang telah menjalankan ujian darah dan disahkan memang dijangkiti swine flu, namun demikian di UK, ujian tersebut sudah tidak lagi relevan kerana jumlah pengadu sudah terlalu ramai. Malah penghidap symptom juga tidak digalakkan hadir ke GP lagi, cukup sekadar kuarantin diri di rumah dan mengubat diri sendiri.

PENGALAMAN KE KLINIK

Pengalaman beberapa warga Malaysia mempunyai symptoms swine flu ke GP (Klinik awam) tidak begitu menggalakkan, sambutan para doktor juga amat dingin malah doktor kelihatan amat bimbang dan mengarahkan segera pengadu untuk keluar melalui pintu lain dengan alasan agar tidak bercampur dengan orang ramai.

Ramai yang kurang senang dengan keadaan ini, tiada ubat yang diberi oleh pihak doktor, tiada prescription untuk antiviral, tiada ubat batuk, dan sebagainya, hanya nasihat untuk mempertingkatkan penjagaan kebersihan, mengunci diri di dalam rumah dan minum air banyak.

Ramai yang sedang menghadapi selsema, batuk dan demam di United Kingdom ketika ini, tetapi kebanyakannya tidak pasti adakah ia swine flu atau tidak, kerana ia benar-benar seperti selsema biasa, yang mana ia biasanya berulamkan batuk dan sekali sekala pening kepala akibat membuang hingusan dan demam singkat. Padahal semua yang disebut tadi adalah symptom-simptom selsema babi, itulah juga info yang terpapar iklan dan poster symptoms swine flu, ia juga tidak jelas.

SENARAI PERLU DAN JANGAN

Apa yang perlu dilakukan kini? Saya bukan doktor namun beberapa nasihat berikut mungkin boleh difahami dan dihayati sebaiknya, moga kita dapat memanfaatkkanya:-

1. PENYAKIT BERJANGKIT & IMANI QADA' QADAR.

Perkara utama bagi semua umat Islam, jangan sesekali lupa atau ‘terlupa' bahawa semua bakteria, virus atau apa jua makhluk yang membawa mudarat ini terlepas dari kekuasaan Allah swt.

Jikalau kita menelurusi hadis Nabi s.a.w, kita akan dapati anjuran Nabi s.a.w untuk berhati-hati apabila bercampur dengan pesakit kusta dan sopak. Sudah tentu anjuran Nabi itu terpakai buat semua jenis penyakit yang diiktiraf boleh merebak dan ‘berjangkit'. Hadis berikut amat jelas :-

لا عدوى ولا طيرة ولا هامة قال له رجل : أرأيت البعير يكون به الجرب فتجرب الإبل ، قال : ذاك القدر ، فمن أجرب الأول ؟

Ertinya : Tiada jangkitan, tiada sial dan tiada hammah (satu kepercayaan jahiliyyah iaitu burung yang kononnya tercipta dari tulang mayat dan hidup lalu membawa sial kematian), maka seorang lelaki berkata : Apa pandanganmu jika seekor unta yang mempunyai penyakit lalu terkena unta yang lain?. Nabi menjawab : Itulah taqdir Allah, (cuba fikirkan), dari mana pula yang pertama mendapat penyakitnya? ( Riwayat Ahmad )

Allah swt mengingatkan :-

مَا أَصَابَ مِن مُّصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِّن قَبْلِ أَن نَّبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ

Ertinya : Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lohmahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. ( Al-Hadid : 22 )

Berbekalkan ayat dan hadis di atas, Islam mengajar kita agar melihat ketentuan Allah swt sebagai asas, sebelum melihat kepada soal sebab dan musabbab atau sunnatullah (hukum alam).

Walaupun demikian, Nabi s.a.w juga mengingatkan :

فِرَّ من المجذوم فِرارَك من الأسد

Ertinya : Larilah (jauhilah) mereka yang berpenyakit kusta sebagaimana kamu lari dari singa" ( Riwayat Al-Bukhari)

Manakala di dalam sebuah hadis lain :-

لا يُورِد مُمَرَّضٌ على مُصَحٍّ

Ertinya : Janganlah orang yang sakit bercampur dengan mereka yang sihat (Riwayat Muslim)



Mungkin ada yang terfikir wujudnya pertentangan makna di antara hadis berkenaan qadar Allah swt dan saranan menjauhi pesakit berjangkit.



Hakikatnya, tiada kontradiksi di antara satu sama lain, perlu difahami bahawa orang Arab di zaman Jahiliyah percaya tubuh orang sakit akan automatik memberi kesan buruk yang pasti kepada tubuh orang yang sihat tanpa mengira sebarang sebab atau taqdir[1]. Atas sebab itu hadis menyebut hadis pertama, namun dalam masa yang sama tidak menafikan jangkitan dari berlaku. Oleh itu, dalam konteks ketiga-tiga hadis di atas, mesej yang disampaikan oleh baginda Nabi s.a.w adalah :-



· Menafikan kepercayaan silam bahawa tubuh orang sakit PASTI AKAN memudaratkan yang sihat, justeru di dalam Islam, tidak boleh diiktikadkan sedemikian.

· Membetulkan kefahaman semua bahawa hampir setakat mana pun kita dengan mereka yang sakit berjangkit, semua masih tertakluk kepada kekuasaan Allah swt untuk mendatangkan sakit itu kepada kita atau tidak.

· Membetulkan kefahaman ummat bahawa sakit yang mungkin kita alami tidak semestinya datang dari orang sakit yang kita temui. Justeru, jangan mula salah menyalahkan di antara satu sama lain.



Hasilnya, Islam tidak menafikan wujudnya kebolehjangkitan tetapi hadis itu disebut dalam konteks dan objektif yang disebutkan di atas. Kebolehjangkitan adalah termasuk di dalam perkara sunnatullah (hukum ketetapan alam), cuma umat Islam perlu memahami ia tertakluk di bawah izin Allah swt. Pastinya, di musim berlakunya perebakan wabak seperti selsema babi ini, tidak mudah untuk mana-mana individu yang terkena dan belum kena untuk meyakini kuasa Allah. Itulah sebenarnya salah satu ujian Allah swt untuk hambaNya, mendatangkan bala sebagai ujian, tapisan iman serta mengingatkan hamba kepada kekuasaan penciptaNya. Hanya merkea yang beriman mampu melakukannya. Semoga kita terdiri dari golongan itu.



2) JANGAN TUDUH SESIAPA SEBAGAI PUNCA



Jangan menuduh sesiapa sebagai penyebab anda terkena selsema ini, jangan juga marah kepada sesiapa. Ini kerana kita tidak akan mampu mengetahui secara pasti dari manakah kita mendapat virus tersebut. Ini kerana virus selsema boleh sahaja datang dari tombol pintu pejabat yang kita pegang, pintu kereta, teksi, mouse computer, key board dan sebagainya. Mungkin terdapat indidivdu lain yang bersin lalu tangannya memegang keyboard, pintu atau berjabat tangan dengan anda sebelum tangannya benar-benar bersih dari virus.

Mungkin sahaja kita ingin meyalahkan seseorang yang bersin di hadapan kita atau duduk di sebelah orang selsema di dalam train atau bas, namun diingatkan sekali lagi, kita sama sekali tidak boleh pasti, kita mendapat selsema dari orang terbabit, besar kemungkinan virus itu telah kita dapati sejak di stesyen bas lagi. Perlu difahami juga, jarak tebaran germ dari seorang yang bersin secara terbuka adalah sekitar 10 kaki jaraknya. Justeru, JANGAN SALAHKAN SESIAPA dan yakinlah ia takdir Allah swt untuk menguji kita.



Cuba lihat petikan video ini :


http://www.youtube.com/watch?v=qMn9JajMQV8&eurl=http%3A%2F%2Fwww%2Ezaharuddin%2Enet%2Fcontent%2Fview%2F852%2F72%2F&feature=player_embedded



3. ELAK KELUAR DAN MASUK DARI KAWASAN SESAK DAN WABAK



Elakkan bercampur di temat awam tanpa keperluan yang mendesak dan adalah baik jika dapat sentiasa membersihkan setiap apa yang ingin kita pegang di temat awam. Mungkin sahaja semuanya telah dicemari oleh virus selsema babi tadi dan sedang menunggu orang menyentuhnya sahaja.

Saranan pencegahan ini sesuai dengan hadis di atas dan juga tindakan Nabi yang tidak berjabat tangan dengan seorang lelaki kusta dari rombongan Bani Thaqif di ketika sesi berbai'ah (janji taat setia). Yangmana Nabi saw diriwayatkan berkata yang ertinya : "Pulanglah, kamu telah pun dikira berbai'ah" (Rujuk Sohih Muslim)

Nabi s.a.w :-

إذا سمعتم بالوباء بأرض فلا تقدموا عليه ، وإذا وقع بأرض وأنتم بها فلا تخرجوا فرارا منه

Ertinya : Apabila kamu mendengar terdapat wabak di satu kawasan, janganlah kamu memasukinya, dan apabila kamu wabak berlaku di satu kawasan, kamu pula berada di sana, janganlah kamu keluar dari kawasan tersebut untuk melarikan diri. ( Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Mungkin akan adayang tertanya-tanya mengapa dihalang mereka yang sihat untuk kelaur dari kawasan wabak, apakah justifikasi arahan nabi sejak 1400 tahun yang lalu ini. Jawapan diberikan oleh Dr Muhammad Al-Bar (merupakan seorang doktor pakar perubatan dan ahli Majlis Fiqh OIC), beliau menegaskan terdapat individu yang tidak jatuh sakit dengan sesuatu jenis virus, manakala sebahagian lain jatuh sakit. Mungkin sahaja yang keluar ini sihat, tetapi tubuhnya sedang membawa virus dari kawasan wabak, hasilnya, ketibaannya di tempat baru menyebabkan penyebaran berlaku kepada penduduk setempat dan pasti akan ada sebahagian yang boleh jatuh sakit dengan virus tersebut.

Selain itu, kemungkinan juga individu yang sihat ketika keluar itu, belum terkesan lai dengan virus yang berada di dalam tubuhnya. Ini kerana sebahagian virus memerlukan beberapa masa dan tempoh untuk membiak dan mengganggu kesihatan mangsa. Hasil dari semua kemungkinan ini, Nabi s.a.w sejak beribu tahun silam, tanpa ilmu mikrobiologi telah mampu memberikan satu peraturan yang bertepatan dengan penemuan sains. Itulah ilmu yang datang dari pencipta sekalian alam, Allah swt.

Dengan fakta ini, kita tidak akan sama sekali mampu meneka siapa yang menjadi punca pemindahan virus kepada tubuh kita, kerana bukan sahaja individu yang sedang sakit dan selsema sahaja yang berpotensi, malah mereka yang sihat juga terdapat kemungkinan menanggung virus yang sama dan memindahkannya kepada kita melalui sentuhan dan sebagainya. Itulah takdir namanya dan kita diarah untuk berusaha sedaya mungkin dan redha serta sabar apabila diuji.



3) SEKATNYA DARI MENJADI PENYEBAR



Jikalau ditakdirkan kita tergolong dari mereka yang sedang diuji dengan selsema babi ini, pastikan sedaya upaya kita tidak menjadi sebab untuk merebaknya virus terbabit di kalangan awam. Justeru itu:-

· Tutup mulut dan hidung dengan tisu atau kain semasa bersin.

· Sentiasa basuh tangan selepas memegang hingus, hidung atau selepas bersin di tangan, gunakan sabun atau apa-apa jenis sabun antibacteria.

· Kurangkan berasak-asak di tempat awam, kerana peluang pemindahan virus boleh berlaku dengan lebih besar. Namun takdir Allah mendahului segala-galanya, jika telah ditakdirkan, seseorang yang mengunci diri di dalam gua batu sekalipun pasti akan kena, mungkin melalui virus yang dibawa di atas badan semut yang memasuki gua itu!.



Kesemua tindakan dan usaha pencegahan adalah wajib kita lakukan menurut hukum Islam, kerana menyebabkan kemudaratan kepada orang lain adalah diharamkan.



4) CADANGAN PEMULIHAN : SARANAN DOKTOR DAN USTAZ

Bagi tujuan pemulihan, perkara biasa yang disarankan oleh para doktor adalah :-

Makan vitamin C dengan kadar lebih banyak dari biasa.
Minum air dengan kuantiti yang banyak, lebih banyak dari biasa.
Boleh mengambil (kecuali kanak-kanak bawah 5 tahun) ubat demam atau batuk yang biasa atau juga paracetamol dan pain killer seperti ibuprofen untuk melegakan beberapa symptom. (Rujuk doktor anda terlebih dahulu).
Ambil cuti dan berehat sehingga sembuh.


Ditambah pula dengan nasihat dari para ilmuan Islam:


Yakinkan diri dengan kesembuhan, sebutkan kata-kata yang baik untuk diri seperti yakin diri akan sembuh segera dan sebagainya. Selain itu, jangan pula mencerca dan memaki hamun semasa sakit. Hal ini disarankan melalui hadis :-
لا عدوى ولا طيرة ، ويعجبني الفأل قالوا : وما الفأل ؟ قال : كلمة طيبة

Ertinya : Tiada jangkitan (tanpa izin Allah) dan sial, dan aku suka kepada sikap Al-Fa'l, Sahabat bertanya : "Apakah Al-Fa'l ?"

Nabi menjawab : "Kalimah yang baik (sangka baik untuk sembuh)

Berdoa agar beroleh kesembuhan dan doakan orang lain agar turut kuat dan sembuh dari jangkitan selsema babi ini.


Bersangka baik dengan Allah dan serahkan urusan kepada Allah swt. Iaitu jikalau telah terdapat ahli keluarga yang dijangkiti dan amat sukar untuk mengelakan diri dari bercampur dengan mereka. Dirwiyatkan di dalam sebuah hadi, Nabi meletakkan makan di dalam satu bekas bersama pesakit kusta lalu berkata :-
كلْ باسم الله توكلاً على الله وثقة بالله

Ertinya : Makanlah dengan bacaan Bismillah, bertawakkal kepada Allah dan berikan kepercayaan ( sangka baik) kepadaNya: (Riwayat Tirmizi dan Ibn Majah, namun menurut analisa, hadis ini dinilai lemah)



Jangan sesekali putus asa jika ditimpa penyakit ini.
Firman Allah swt :

وَإِذَا أَذَقْنَا النَّاسَ رَحْمَةً فَرِحُوا بِهَا وَإِن تُصِبْهُمْ سَيِّئَةٌ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيهِمْ إِذَا هُمْ يَقْنَطُونَ

Ertinya : Dan apabila Kami rasakan sesuatu rahmat kepada manusia, nescaya mereka gembira dengan rahmat itu. Dan apabila mereka ditimpa sesuatu musibah (bahaya) disebabkan kesalahan yang telah dikerjakan oleh tangan mereka sendiri, tiba-tiba mereka itu berputus asa.

Sekadar itulah yang dapat dikongsikan buat masa ini, semoga semua kita dapat menghadapi saat sukar ekonomi dan kesihatan ini dalam keadaan yang jitu dan teguh iman kepada Allah swt.

Akhirnya hayatilah kata nabi ini

عجبا لأمر المؤمن ، إن أمره كله له خير ، وليس ذلك لأحد إلا للمؤمن ، إن أصابته سراء شكر وكان خيرا له ، وإن أصابته ضراء صبر فكان خيرا له

Ertinya : hebat dan amat mengkagumkan sifat orang beriman, semua urusannya memberinya kebaikan, dan tiada perolehinya kecuali dia adalah mukmin, iaitu apabila ditimpa kebahagian dia bersyukur, maka ia perolehi kebaikan (hasil syukurnya dia), dan apabila ia ditimpa keburukan, ia sabar dan baginya kebaikan juga (Riwayat Muslim)

Sebarkanlah artikel ini di merata tempat, semoga ramai beroleh manfaat dan terpandu untuk menentukan iman, minda, hati dan sikap yang betul.

Sekian



Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

21 Julai 2009

Antiviral untuk rawatan bukan cegah influenza A

KUALA LUMPUR: Keghairahan orang ramai mendapatkan ubat antiviral di klinik swasta bagi mencegah influenza A (H1N1) disifatkan tidak berbaloi kerana antirival adalah untuk rawatan dan bukan pencegahan.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican, berkata ubat antiviral boleh diperoleh di hospital atau klinik kerajaan secara percuma.


Semalam, sebuah akhbar harian berbahasa Inggeris mendakwa, pengamal perubatan swasta tidak mampu menyediakan ubat antiviral seperti Tamiflu di klinik mereka berikutan harganya yang mahal dan jumlahnya terhad.


Kata Dr Ismail, rawatan antiviral sebenarnya hanya perlu kepada tiga kumpulan tanpa perlu menjalani ujian pengesahan H1N1 iaitu individu yang mempunyai simptom influenza-like illness (ILI) dan mempunyai faktor risiko; individu yang mempunyai simptom ILI, tanpa mempunyai faktor risiko tetapi mempunyai demam yang tinggi (melebihi 38°Celsius) berpanjangan (lebih daripada dua hari) dan mereka yang sudah menjalani ujian ‘rapid test’ serta didapati positif H1N1.


“Hanya mereka akan diberikan rawatan antiviral jika mengalami simptom jangkitan menjadi teruk dalam masa 48 jam.


“Orang ramai perlu mengambil maklum bahawa vaksin khas untuk H1N1 belum dihasilkan lagi. Vaksin yang ada di pasaran pada masa ini ialah vaksin untuk selesema bermusim,” katanya.


Sementara itu, tiga lagi kematian disebabkan H1N1 dicatatkan di Malaysia menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 59 orang setakat ini, manakala 120 orang sedang menerima rawatan dengan 29 daripada mereka ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).


Dr Ismail berkata, tiga kes kematian membabitkan lelaki obes berusia 22 tahun. Lelaki itu memulakan rawatan antirival H1N1 pada 10 Ogos lalu dan meninggal dunia pada 12 Ogos kerana jangkitan paru-paru.


Mangsa kedua ialah lelaki berusia 29 tahun yang berhadapan dengan masalah injap jantung (valvular heart disease).

BM Online - 16.08.2009